Ahad, 13 Disember 2009

akU... kisah CINTA...

lama rasanya akU terlupa untuk mengupdate KASEH... semuanya gara2 kesibukan dan tuntutan komitmen kepada final exam dan seterusnya perkampungan Debat DiRaja... eerrmmmmmm... maka setelah selesai semuanya akU kembalikan ketukan jarikU ini kepada KASEH... sebenarnya banyak yang ingin akU cerita... terutamanya tentang debat... tapi nantilah... panjang sangat rasanya cerita yang ingin akU kongsi... jadi untuk kali ini akU nak berkongsi sesuatu yang sangat baru akU lalui...

semalam... 12.12.2009... akU pergi kenduri kahwin rumah mak cik akU, wak kaseh... (*hahahaaaaaaaaaaaa... sama nama dengan nama blog akU nikan??? sebab tu akU cakap nama KASEH ni klasik...)... sangat meriah... dengan suasana perkahwinan di kampung yang meriah dengan gotong royong... ni kenduri kahwin untuk meraikan perkahwinan anak bongsu wak akU ni... akU panggil kak Uji... kecik molek dan manis aja orangnya... dari kecik akU memang tabik spring 33x kat sepupu akU yang sorang ni... serius... pada akU sepupu akU nilah paling layak kalo nak dinobatkan sebagai 'perempuan melayu terakhir'... (*so faham2lah macam mana keperibadian wanita ini yer... heheheeeeee...)... jadi memang beruntunglah lelaki yang dapat memiliki hatinya... hahahaaaaaaaaaaa... (*ayat2lah akU kan???)... so untuk kak Uji... selamat berbahagia bersama suami tercinta hingga ke hujung nyawa yer... eerrmmmmmmm... amin...

now akU nak memulakan cerita... kisah cinta pasangan ini... (*akU harap takderlah sedara mara, sepupu sepapat ke sahabat handai yang mengenali pasangan ini yang membaca entry ni yer... cerita sekadar untuk renungan bersama... untuk melihat sebuah keajaiban CINTA... eeerrmmmmmm...)...

pasangan ini diperkenalkan oleh salah seorang saudara... dan selepas itu mereka pun mula berkawan... dan hubungan itu pun berlanjutan dan menjadi serius sehingga ke pengetahuan keluarga... sehinggalah keluarga lelaki membawa hajat kepada keluarga sebelah perempuan... (*maknanya... tentulah hubungan ini sudah direstuikan??? eerrmmmmmm...)... jadi kedatangan keluarga lelaki pun disambut baik oleh pihak keluarga perempuan... namun... pada ketika itulah sesuatu terjadi... salah seorang daripada keluarga belah lelaki telah mengungkapkan sesuatu sewaktu dalam proses merisik itu... " eerrmmmm... dapat budak kampung ingatkan orang kaya... tapi rupa2nya rumah macam reban ayam jer"... cuba kita bayangkan keadaan pd waktu itu... dan lepas tu rombongan tu pun terus balik dan akhirnya... perbincangan tergantung macam tu aaja... dan... rupa2nya... keadaan selepas itu lebih buruk... apabila keluarga lelaki akhirnya menghalang hubungan kedua2nya diteruskan... segala macam usaha yang diatur untuk pisahkan kedua2nya... sehinggalah suatu perkahwinan antara lelaki itu dengan calon pilihan keluarga ditetapkan...

pasangan ini kedua2nya merana... pada waktu itu... sepupu akU sampai jatuh sakit... hilang arah dan patah semangat... begitu jugalah dengan lelaki tersebut... lama keadaan ini berlangsung... lebih kurang 4 tahun... (*lamakan???... bayangkan ketidak pastian yang diharapkan dalam tempoh masa itu...)

tapi... bukti yang jodoh mereka kuat... atas dasar perjuangan dan juga saling percaya... akhirnya keluarga lelaki mengalah... dan atas pertimbangan keluarga perempuan yang tidak menyimpan dendam... akhirnya mereka bersatu juga...

eerrmmmmmmm... sebenarnya akU tak berani sangat nak komen apa2... tapi sebagai orang yang melihat dan mendengar... akU cukup percaya dengan keikhlasan... kalaulah hanya kerana kondisi rumah dan meterial yang diukur... maka... kesudahannya begitulah...



p/s: akU sebenarnya sedang membuat pertimbangan tarikh untuk balik semula ke UKM... 20hb @ lewat seminggu??? huhuhuuuuuuuuuuuuuuu... tolonglah... konfius niey...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan