Selasa, 18 Ogos 2009

akU... merdeka...

akU dalam mood merdeka sekarang... habis bengkak mata tengok filem 1957: hati malaya... walaupon citer ni dah agak lama... tapi akU baru sahaja berkesempatan untuk menontonnya... itupun hasil daripada carian kawankU yusri... mood ni makin mendalam kesannya kerana akU pun baru jer balik daripada debat kemerdekaan kat USIM... (* byk benda kalo nak cerita pasal penganjuran usim ni... pengurusan dan pengendalian yang akU kira tak mencapai standard profesional yg sepatutnya... eerrrrrrrrr)



akU kira dalam kira2 11 hari lagi untuk kita menyambut sambutan kemerdekaan yang ke 52 tahun... maseh ader seribu satu persoalan yang perlu untuk dirungkai... adekah kita taw makna sebenar sebuah kemerdekaan??? adekah kita betul2 sudah merdeka??? adekah kita benar2 menghargai kemerdekaan ini??? adekah kita mampu kekalkan kemerdekaan ini??? adekah kita sayangkan kemerdekaan ini??? adekah kita harus teruskan berjuang untuk kemerdekaan ini??? dan banyak lagi soalan2 yang realistik untuk disoal tentang kemerdekaan...

namun...

adakah persoalan2 ini penting untuk kita jawab secara lisan??? ataupun ianya lebih praktikal untuk kita lihat dalam kehidupan masyarakat malaysia secara amnya??? eeerrrmmmmmmm

akU bukanlah manusia obses yang realiti hidupnya terlalu bersifat politik... namun... sebagai anak merdeka... akU ader pegangan dan juga halatuju untuk akU ikuti... semangat anak johor... pejuangan Dato' Onn dalam memperjuangkan bangsa melayu dan UMNO sememangnya terkesan dihati... perjuangan yang menuntut hak orang melayu di tanah air melayu... sehingga sekarang landasan perjuangan itu maseh sama... tapi... rentaknya mungkin sudah jauh berbeza... kalo dulu pemimpin bergolok bergadai untuk pertahankan sebuah perjuangan... kini...

walaupon begitu ianya bukanlah alasan untuk akU berpaling tadah kepada satu nilai yang dipegang... ajaran yang perlu dijunjung... kerana akU kira amanah itu harus terus dipegang dan diperjuangkan... jangan asyik menuding jari... jari yang menuding itu kadang kala lagi berbisa... kerana tudingan itu mampu merobohkan sebuah bangsa yang merdeka...

sebagai seorang rakyat malaysia yang berusia 21 tahun... kadang2 akU terfikir... bila usiakU mencecah angka setengah abad nanti... adekah bumi ini maseh berdaulat lagi... kalaulah keadaan semasa yang terjadi hari ini... caci maki meniti saban hari... herdik sana herdik sini... rebut kerusi tak henti2... akU kira... akhirny saper yang rugi kalo tidak maruah bangsa kita sendiri...


akU sedih melihat generasi seusiakU... bila mula berbicara sedikit tentang politik... ramai yang meluahkan begini... " alah bencilah nak cakap tentang politik2 ni... tak minat... buat sakit kepala jer fikir semua ni..."... tak salah untuk mereka berkata begini... tapi cuba kita hayati dari satu segi... bagaimana generasi ini hendak memegang mandat sebagai pemimpin nanti... untuk menentukan hala tuju perjuangan mereka sendiri... yang akhirnya menyebabkan jiwa mereka ini goyah dan mudah untuk menerima anasir daripada haluan yang bertentangan... waktu itu... mulalah apa pun yang kerajaan buat salah... sedangkan mereka sendiri tidak pasti dengan landasan yang dipegang diri...

akU maseh berharap dan sentiasa berharap yang malaysia maseh kekal merdeka untuk dulu... kini... dan selamanya... amin...

p/s: akU sedang merapu tapi maseh mampu untuk mencipta satu galaksi jitu... kalo rasa tak setuju... akU tak pernah nak ambil tahu... eerrmmmmmmmmmm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan