Ahad, 13 Disember 2009

akU dan perkampungan Debat DiRaja...

dari 16hb Nov hingga 9hb Dis 2009... akU bersama2 dengan warga UPU yang lain berkumpul untuk memberi komitmen kepada pertandingan Debat DiRaja 2009... jadi sepanjang perkampungan yang rutin hariannya ialah... berkumpul di bilik UPU dari pukul 9 am hingga 5.30 pm... dan kembali semula ke bilik UPU pada pukul 8 pm hingga 11.00 pm... adalah ssesuatu yang agak memenatkan... namun... demi sebuah perjuangan ianya menjadi sebuah tuntutan yang perlu untuk dilunaskan sebaiknya...

maka disini segala2nya bermula... manis... pahit... dugaan... cobaan... halangan... semangat... air mata... keseronokan... semuanya diadun dengan baik untuk menghasilkan satu titik akhir... dengan bertemankan khoo suet nie, amira suriati dan natasha izzaty... keyakinan itu pun bermula... sejujurnya... akU rasakan perkampungan kali ini agak berbeza daripada yang lepas... pengisiannya bukan sekadar persiapan usul untuk royal... mungkin kerana faktor usul yg sampai lambat maka masa yang ada digunakan sebaiknya oleh abang asri dan abang nuar untuk melatih kitorang... dengan latihan individu sehinggalah kepada bahagiaan motivasi dan luahan hati... sesuatu yg sangat baik pada perkiraan akU... dan harapannya tentulah latihan sebegini berterusan selepas ini... eerrmmmmmm...

dan secara keseluruhannya... akU rasakan perkampungan kali ini lebih meriah... mungkin kerana faktor keluarga yang lebih ramai... juga dengan drama2 sebabak yang pelbagai... maka... akU sebagai orang yang memerhati hanya mampu berdoa yang terbaik... dan Alhamdulillah... akhirnya keputusan yang terbaik juga berjaya untuk dilakukan walaupon ada antaranya akU kira tidak begitu tepat... namun apapun... akU sangat berbangga dengan apa yang cuba dilakukan oleh senior2kU yang gigih itu... good job bro...

berbalik kepada diri akU sendiri... sebenarnya perkampungan kali ni adalah medan untuk akU belajar menjadi seorang yang lebih kuat sebenarnya... bermula dengan prestasi yang sangat tidak memuaskan... sehingga menimbulkan satu frasa kenyataan yang menyatakan senior2kU kecewa dengan apa yang akU tunjukkan... dan sesungguhnya... pada waktu itu... kekecewaan yang akU alami sebenarnya lebih dalam... kecewa pada diri sendiri... keadaan itu merubah diri akU sebenarnya... emosi yg sgt tertekan... dan kerana itu akU seakan dapat mengetahui dan mengagak posisi yang akan akU pikul sewaktu pertandingan... jadi akU redha saja... eerrmmmmmm...

dan disaat team diumumkan... akU juga berada dalam kondisi yang sungguh terkejut... apabila akU diumum untuk naik bersama dengan adik2 junior as a 3rd speaker... bersama2 dengan hakim, danial dan najwa... dan pada waktu itu dan selepas itu... akU bersama2 team ini cuba untuk menyesuaikan diri dan terus sesuaikan diri untuk bekerja sebagai sebuah pasukan... dan Alhamdulillah... segala2nya baik apabila akU mampu untuk terima mereka dan mereka juga boleh terima akU... dan secara jujurnya... pertama kali akU berasa akU berada dalam 'team'... walaupon sebelum ini akU pernahlah jugakkan naik dengan team lain untuk royal 2008 dan ASTAR... so... akU
sangat teruja dan sayang dengan S-KIMO... hahahahaaaaaaaaaaaaaa... (*sampai sekarang pun ramai yang ingin taw apa dan kenapa S-KIMO kan???...)...

dengan sedikit persediaan individu dan team... maka hari pertandingan pun menjelang... dan bermula sesuatu MISI... namun... bersaksikan pondok kayu di kediaman ke3, UM... semangat akU seakan direntap bila diberitahu oleh abang nuar dan abang asri yang team kitorang ada masalah dan kemungkinan besar akan dirombak... dan akhirnya malam itu segala2nya berakhir... dan akU kira pada waktu itu... hanya air mata sahaja jawapan yg terbaik... sewaktu en fairuz, ketua hakim umumkan keputusan untuk kekalkan syarat kelayakan tu... akU harapkan ada seseorang disebelah yang boleh tenangkan akU... dan beri sedikit kekuatan untuk akU... sedih... akU sangat sedih waktu tu sebenarnya... tapi akU tak boleh tunjukkan kat orang lain... terutamanya adik2 S-KIMO... dan waktu itu... aku berpegang kepada frasa "profesional"... senyum... angguk... dan terima... maka pertukaran akU dengan faizal terpaksa juga diteruskan... akU perlu untuk beralih pada team muda A bersama2 dgn rakan2 sebatch, mirasue, suhaimi dan yusri... entahlah... seperti sesuatu yang ditakdirkan...

akU sememangnya tiada masalah untuk teruskan dengan team nie... maklumlah... kami sememangnya baik dan mampu bekerjasama... dan diawalnya kami menghadapai juga sedikit masalah untuk tentukan posisi akU... maklumlah waktu itu kondisi akU adalah sebagai 3rd speaker... maka cadangan yang diberikan oleh senior adalah untuk akU bergilir2 dgn yusri... dan selepas semua orang dah menuju ke bilik maseng2... kami sebagai satu team dan se batch duduk berbincang... dan ketika itu dimulakan dengan kata2 nasihat dan semangat dari abang khalis... dan akhirnya perbincangan dari hati ke hati itu mencapai satu persetujuan bersama... akU akan berada pada posisi simpanan... kerana itu yang team itu perlukan... dan kekosongan itu perlu diisi dengan baik oleh akU... dan waktu khairiah tanya kat akU apa yang akU rasa waktu itu... sangat tipu kalo akU kata akU tidak berasa apa2 dengan keadaan ini... tapi... pendekatan yang akU gunakan pada waktu itu sama juga dengan situasi sebelumnya... "profesional" dan tambah satu lagi "redha"... kerana situasinya menuntut untuk akU perlu menawarkan begitu... akU takkan merosakkan team hanya untuk kepentingan sendiri... dan akU tak nak kemasukan akU ke dalam team tersebut hanya akan membawa lebih banyak masalah... dengan prospek keserasian yang telah ada antara mereka... sedangkan aku dah sangat lama tidak naik bersama mira dan suhaimi... dan keadaan yus yang memang sudah bersedia sepenuhnya untuk naik... maka tekad akU adalah untuk menjadi simpanan yang baik untuk team muda A... dan akhirnya kami bersedia untuk bersama berusaha... hahahaaaaaaaaaaaaaaaa...

dan seterusnya untuk 6 pusingan awal... kami melaluinya dengan penuh semangat dan kegigihan... perlawanan hari pertama dimulakan dengan pertemuan dengan UNITEN Muda A dan kemenangan berpihak kepda kami dengan margin 7... selepas itu bertemu dengan UPSI Utama A yang memperlihatkan kekalahan dengan bilangan margin 2... dan perlawanan ketiga kami bertemu dengan USIM Muda A dengan usul 'hitam itu menawan'... sebagai pemerhati ini sebenarnya adalah perlawanan yang paling mendebarkan dan paling mencabar untuk miraue sebenarnya... tapi syukur Alhamdulillah kami menang margin 1 walaupon pada awalnya diumumkan di bilik persidangan marginnya adalah 3... keesokkan harinya pula disambung dengan pertemuan dengan UTHM Muda A... menang margin 3 adalah prmulaan yg baik untuk hari itu... dan untuk perlawanan ke 5 kami bertemu dengan team UNITEN Utama A... dengan usul ASEAN perlukan blog Ekonomi kami menang dgn margin 1... Alhamdulillah... untuk itu perlawanan keenam menemukan team kami dengan team MMU Utama B... dan dengan sedikit kontroversi kesilapan pengumuman keputusan... kami berjaya dengan margin yang sangat tipis, 1...

Alhamdulillah... dengan kemenangan 5 dan margin terkumpul 11... kami layak melangkah ke suku akhir... dan diperlawanan suku menemukan kami dengan UIAM Muda 2... dengan margin 5 juri 4-1... kami tewas... eerrmmmmmmm... kekalahan yg menyekat kemaraan kami... xper... setiap kali kita diuji dan maseh tidak diberi... pasti kerana kita belum layak mengecapinya... jangan salahkan diri sendiri yer kawan2... yer kita memang salah... dan semua tu salah kita bersama...

untuk teammate... mira, suhaimi dan yusri... thanks coz terima kemasukan akU dgn baik... dan ingat satu... korang dah buat yg terbaik... banyak yg kita dah lalui sebelum dan semasa pertandingan... dan akU yakin korang dah dapat apa yg terbaik sebenarnya...

untuk adik2 S-KIMO... pada akak korang dah berjaya sbnrnya... tidak melangkah ke suku hanya ukuran manusia... tapi tanya hati korang yg taw apa yang korang dah dapat sebenarnya...


untuk tean UKM utama A... abang khalis, abang daus, abang nuar dan abang asri... tahniah... tahniah... dan tahniah... anda sememangnya layak berada di pentas itu...

untuk team utama B... abang black, abang nash, abang jojo dan khairiah... tahniah jugak untuk anda semua... good job...

untuk akU... nothing... bcoz entahlah... banyak benda yang akU keliru... dan yg pasti misi akU GAGAL... so... eerrmmmmmmm... banyak perlu difikirkan...



aktiviti melaghoo sewaktu perkampungan dan selepas pertandingan mmg best... thanks untuk semua...

p/s: entry ni dah lama akU tulis selepas hbs saja royal... tapi akU pun tak taw kenapa akU tak publish... tapi kerana niat akU sekarang ni adalah untuk mempublishkan segala entry yg tersimpan dalam draf... maka... inilah... hahhaaaaaaaaaaaaaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan