Ahad, 14 Jun 2009

akU hanya manusia biasa...

sebagai manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan dan kesilapan... akU sering tertanya dan terfikir untuk mengetahui tentang siapa sebenarnya akU dimata orang2 disekeliling... kerana diri kita dimata individu lain itu sebenarnya bagikan cermin kepada diri kita sendiri... yer kadang2 memang susah untuk terima.... tapi kita kena kembali berfikir secara positif dan rasional... bak kata abah akU... yang pahit itu sebenarnya penawar kepada kesakitan dan kedukaan... eerrrmmmm... (tiba2 teringat kat abah... adik sayang sangat kat abah... love u so much... terima kasih untuk segalanya abah...)

akU sebenarnya lebih suka jika orang mengenali dan memahami akU sebagai NOOR HIDAYAH BINTI HAMDAN... pada penganalisian dan pemahaman akU... akU adalah seorang yang sangat simple... akU mudah untuk bertoleransi dan sebaik mungkin cuba untuk memahami... akU mudah mesra dan sangat suka senyum... (pesanan penting dari mak akU... dari kecik akU dah dididik untuk sentiasa senyum dan hormat pada orang lain terutamanya orang yang lebih tua... terima kaseh mak... adik sayang mak...)... akU amat pentingkan sifat kekeluargaan... akU sayang kawan2... akU jenis yang agak mementingkan komitmen terhadap sesuatu... tapi akU jugak banyak sikap negatif yang maseh terkawal... tapi maseh perlu dibimbangkan...

akU memang seorang yang sensitiff... susah nak cakap pasal ni... akU mmg sedaya mungkin akan cuba mengawal rasa itu... tapi kadang2 akU maseh tak mampu menahan rasa itu datang... akU jugak sebenarnya adalah seorang yang pemalu... (hahahhaaaaaaaa... walaupon kawan2 akU tak percaya dgn benda ni... tp itulah hakikat... )... akU mungkin akan bertindak ikut keadaan dan tempat... buktinya... akU maseh tidak mampu jadi diri sendiri di sesuatu tempat...

eerrrrrrrrrmmm... xperlah apa pun akU tetap akU... walaupun ramai yang tak menyukai dan memahami di ini... akU redha...

P/s: akU sebenarnya tengah tension wat xsignment... melaghooo kejab... so tak boleh nak lama2 tulis entry... kena kembali fokus... eerrrmmmmmmmmmmm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan